pengurusan sukan


Pengurusan sukan merangkumi perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, penyediaan belajawan, pimpinan dan penilaian.

1) Pembentukan AJK :

Setiap pengelola sukan dan permainan seharusnya membentuk Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola boleh dibentuk seperti berikut:
- Ahli Jawatankuasa Induk.
- Ahli Jawatankuasa Kerja/Kecil.


Ahli jawatankuasa induk terdiri daripada:
• Pengerusi
• Timbalan Pengerusi
• Setiausaha
• Penolong Setiausaha
• Bendahari
• Ahli Gabungan/Majlis


Ahli jawatankuasa kerja/kecil terdiri daripada:
• Negeri
• Daerah
• Sekolah
• Individu
• Ahli Gabungan


Berikut adalah disarankan AJK kerja/kecil:
• AJK Pertandingan
• AJK Teknikal
• AJK Publisiti
• AJK Keselamatan
• AJK Kepegawaian
• AJK Minuman/Makanan
• AJK Penginapan
• AJK Pengangkutan
• AJK Protokol & Jemputan
• AJK Statistik & Keputusan
• AJK Hadiah & Cenderamata
• AJK Seranta
• dan lain-lain mengikut keperluan dan kesesuaian
pengelola.


2) Senarai Tugas AJK Pengelola/ Kecil :


Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah
berbincang dengan Setiausaha Agong MSSM, Setiausaha
Agong Negeri, Setiausaha Daerah atau Setiausaha Sukan
Sekolah.
• Melantik pegawai yang bertauliah yang diperlukan.
• Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan
seperti padang atau gelanggang.
• Tempat penginapan, pengangkutan, makanan/minuman dan
kelengkapan lain sebulan sebelum kejohanan.
• Menjemput semua S/U Agong/wakil negeri, MSS Daerah,
MSS sekolah mengikut peringkat kejohanan.
• Mengedarkan notis mesyuarat jawatankuasa pengelola dan
salinan minit perlu dihantar kepada setiausaha-setiausaha
berkenaan dengan kejohanan.
• Mengedarkan surat pekeliling dan keputusan penuh kepada
setiausaha-setiausaha berkenaan dengan kejohanan.
• Mengedarkan surat pekeliling dan keputusan penuh kepada
setiausaha-setiausaha:
- MSSM (tiga salinan).
- MSSN (satu salinan).
- YDP MSSN (satu salinan).
• Keputusan rasmi hendaklah dihantar satu bulan selepas tamat
kejohanan.
• Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am
dan peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh
jawatankuasa pengelola dan keputusan adalah muktamad.




3) Kewangan :


Boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut :
• Peruntukan kerajaan seperti sekolah, maktab, negeri atau negara
• Mendapat sumbangan daripada penaja seperti Milo, Eon,Proton dan lain-lain. 
• Sumbangan individu dan derma.


Berikut adalah contoh anggaran bajet:


Anggaran Perbelanjaan
Gaji/Upah 5,000.00
Pejabat
Kertas, Fotokopi,telefon 200.00
AJK Kecil 10,000.00
(Hadiah, Makan/minum, Teknikal dan lain-lain)
Jumlah Perbelanjaan Projek 15,200.00
Anggaran Pendapatan
Tiket 5,000.00
Jualan peralatan sukan 2,000.00
Sumbangan 10,000.00
Jumlah Pendapatan RM17,000.00



4) Pelan Tindakan :


* dapat mengenalpasti apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan apabila mengelola nanti.
* Pelan tindakan seharusnya melibatkan perancangan sebelum pengelolaan, semasa pengelolaan dan selepas 
pengelolaan.
* Sesuatu pelan tindakan mestilah lebih menyeluruh.




5) Senarai Semak :


* Untuk melicinkan sesuatu kejohanan sukan senarai semak setiap bahagian perlu ada dan bersesuaian 
dengan event yang dikehendaki. 
* Semua pengelola sukan seharusnya menyediakan borang semakan ini supaya aktiviti pelaksanaan dapat 
dijalankan dengan licin dan sempurna.


Contoh senarai semak perancangan AJK kerja/kecil:
(borang ini boleh diubahusai jika perlu)
Bil. Kategori Ya Tidak
1. Perancangan Bajet
2. Perancangan Kepegawaian
3. Perancangan Undang-undang
4. Perancangan Penjadualan
5. Perancangan Kemudahan
6. Perancangan Pendaftaran
7. Perancangan Pengangkutan
8. Perancangan Publisiti
9. Perancangan Penginapan


Tarikh mula:…………Tarikh siap:……………………
Tanda tangan:………………………………..




Senarai semak keseluruhan pengelolaan sukan:


Tandakan ( / ).
1. Sebelum pertandingan/kejohanan sukan
• Menyediakan kertas kerja ( )
• Penubuhan Jawatankuasa induk ( )
• Mesyuarat JK induk ( )
• Penubuhan Jawatankuasa kerja/JK Kecil ( )
• Mesyuarat JK kerja ( )
• Memastikan bidang tugas JK kerja ( )
• Menerima bajet/anggaran perbelanjaan 
dari setiap JK kerja ( )




• Memastikan JK kerja
o JK teknik dan pertandingan ( )
o JK kepegawaian ( )
o JK jemputan ( )
o JK publisiti ( )
o JK hadiah ( )
o JK padang/gelanggang ( )
o JK penginapan ( )
o JK program ( )
o JK pengangkutan ( )
• Semuanya telah melaksanakan 
persediaan pada peringkat awal ( )
• Mengedar jadual pertandingan ( )


Semasa Pertandingan
• Taklimat kejohanan ( )
• JK teknikal ( )
• JK pertandingan ( )
• JK padang/gelanggang ( )
• JK kepegawaian ( )
• JK keputusan dan statistik/pencatat ( )
• JK aturcara ( )
• JK sambutan ( )
• JK seranta ( )
• JK pengangkutan ( )
• JK minuman/jamuan ( )
• JK pemantauan ( )
• JKpelaporan ( )
• dan lain-lain …………………nyatakan


susun atur alatan sukan
setor sukan memerlukan susunan alatan sukan yang sistematik. ini adalah sub tajuk yang terdapat dalam pengurusan sukan tingkatan 1. p&p ini menyarankan beberapa langkah untuk kita menyusun alatan dalam setor sukan.


alatan sukan terdiri dari pada pelbagai bentuk, saiz dan berat. alatan-alatan ini perlu disusun supaya sentiasa kemas dan mudah untuk dikendalikan.


cara susunan yang disyorkan.


1. susun atur mengikut saiz
- alatan yang besar, misalnya bola sepak, bola jaring dan bola keranjang diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan manakala alatan yang kecil seperti bola tenis diletakkan di sebelah atas rak.


2. susun atur mengikut bentuk
- alatan yang panjang seperti kayu hoki dan kayu pemukul sofbal disimpan secara menegak supaya mudah diambil dan boleh jimatkan ruang.
-alatan yang tajam seperti lembing disimpan secara menegak di bahagian sudut setor dengan matanya menghala ke bawah.


3. susun atur mengikut berat atau ringan
- alatan yang berat seperti peluru, cakera dan bola segar diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan dan tempat yang khusus untuk mengelakkan terjatuh dan mudah bergolek.
- alatan yang ringan pula diletakkan di bahagian atas rak simpanan.


pada umumnya, susunan tersebut memberi beberapa kebaikan:
-memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan
-memudahkan pengiraan alatan
-menjimatkan ruang
-menjamin keselamatan pengguna


walau bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah sekolah agak kurang mengambil berat tentang hal ini. seeloknya juga, setiap rak dilabelkan bagi menampakkan lebih kekemasan.







berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


jerat


Sebelum memasang jerat, beberapa perkara perlu diberi perhatian.Antaranya ialah:
· Jenis binatang yang hendak dijerat
· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.

Jenis Jerat


Jerat bidas.
-Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline 
dihujung tali tersebut.

-Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.

-Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak
kedua-dua hujung di atas tanah.

-Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.




Jerat Bidas




Jerat Sentak



Jerat burung jenis sentak ini biasanya perlukan umpan yang diletakkan/digantungkan kira-kira 3 jengkal dari atas tali pencerut. Biasanya, burung Ruak-Ruak akan memijak palang ranting (yang bertindak sebagai trigger) kerana umpan itu agak tinggi. Ini akan menggerakkan mekanisma lain yang membebaskan pengunci dan seterusnya membebaskan batang pelantak yang sedang dalam stress. Kaki burung itu akan terjerut dan burung akan tergantung.


Jerat Sentak


berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


jenis kayak


Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Walaupun begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini saya cuba paparkan beberapa jenis gambar kayak hasil kefahaman saya.


1) Kayak jenis Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.

4) Kayak jenis Squirt


Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver.

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom



8) Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top
Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan


berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


Balutan



1)Balutan Tangan

Cara-cara:

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.






2)Balutan Anduh Besar
Cara-Cara:

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada lengan yang tercedera .
-Kemudian silangkan dan buat ikatan buku sila pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.



3)Balutan Cincin
Balutan boleh dilakukan apabila tertusuk benda yang sukar dicabut seperti paku atau kayu. Sebaiknya, benda yg tertusuk itu tidak dicabut supaya dapat mengelakkan kecederaan yang lebih serius. 


berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


kecederaan


1)KLASIFIKASI KECEDERAAN.
Kategori Kecederaan
i)Tenat-kecederaan berlaku secara tiba-tiba atau baru berlaku
ii)Kronik-kecederaan yang lama(dan masih rasa sakit lagi)

Punca-punca kecederaan dalam sukan

Kecederaan langsung – kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot atau tulang
Kecederan tidak langsung – kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri cth: tidak memanaskan badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai.
Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap- sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi.JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN
Boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
i. Kecederaan Luar
ii. Kecederaan Dalaman


Kecederaan Luar
Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka : kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.
Melepuh : Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.
Melecet : Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.Kecederaan Dalaman

Terseliuh : berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.
Otot terkoyak : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik,ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.
Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara.Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan.
Dislokasi : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak.
Fruktur : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbuka.
Kontusi : Berlaku kecederaan pada salur darah atau salurandarah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman.
Konkusi : Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.Jenis-Jenis Tisu
i)Tisu lembut : otot, ligament,tendon,saraf,salur darah
ii)Tisu keras : tulang

2)KECEDERAAN TISU KERAS

Kecederaan patah atau tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Punca berlakunya kecederaan tulang patah ialah apabila berlakunya stress atau tekanan yag tinggi ke atas tulang. Tulang panjang seperti femur atau humerus mengambil masa lebh kurang 6 minggu untuk sembuh. Sementara, tulang-tulang kecil memerlukan masa 3-4 minggu.

3)KECEDERAAN TISU LEMBUT

Kecederaan tisu lembut pula melibatkan kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kalenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh.

4)TOTAPS
T – Talk : Tanya
O- Observe : Perhati dan periksa 
T – Touch : Sentuh tempat cedera 
A – active Movement : Gerakkan anggota badan yang cedera. 
P – Passive Movements : Bantu gerakkan secara perlahan 
S – Stand : Arah mangsa berdiri


5)RICER
R -Rest :Rehatkan anggota yang cedera 
I- Ice : Demah ais yang berbalut pada tempat cedera. 
C-Compression : Balutkan tempat cedera 
E-Elevation : Tinggikan anggota yang tercedera.

6)PENCEGAHAN KECEDERAAN

-Memanaskan badan, regangan/ cooling down.
-Kecederaan individu.
-Kemahiran dan teknik.
-Ikut peraturan.
-Persekitaran : tempat bermain, pakaian dan peralatan, ketinggian.
-Prosedure kawalan-kawalan diri pelajar, pengadil dan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.


7)PEMULIHAN DAN PENCEGAHAN 
-penyelerasan.
-pengurusan kecederaan lepas yang betul.
-ais dan ais.
-balance competition.
-elakkan aktiviti tenat jika demam atau sakit.
=common sense.

berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


lets talk bout 'Sains Sukan' ^^


Asas Sains Sukan..

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah perkara utama yang perlu bagi kehidupan. Menurut ahli fisiologi, kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan perlakuan motor. 

Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Terdapat 5 komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan:

a. Daya tahan kardiovaskular-
merupakan keupayaan bersenam dalam tempoh yang
panjang. Sistem pengaliran darah dan pernafasan membekalkan bahan api iaitu
oksigen untuk membolehkan aktiviti-aktiviti fizikal dijalankan.
b. Kekuatan otot-
merupakan kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya kerja. Pertambahan kekuatan akan membawa
ketahanan otot - otot iaitu kebolehan meneruskan sesuatu aktiviti dalam tahap
yang tinggi.
c. Daya tahan otot -
merupakan keupayaan menggunakan otot tulang rangka untuk
menghasilkan daya berulang - ulang bagi suatu jangka masa tertentu, beberapa
kali tanpa perubahan bagi mengatasi rintangan atau beban.
d. Kelembutan –
merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi - sendi dengan
sepenuhnya melalui pergerakan.
Komposisi badan - adalah 3 komponen struktur asas ada pada badan iaitu
lemak, otot dan tulang. Merujuk kepada bahagian badan tanpa lemak(tisu) dan
bahagian lemak ini menentukan berat badan seseorang individu umum. Peratusan
lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu 


Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Terdapat 6 komponen dalam kecergasan berasaskan perlakuan motor:

a. Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antaramata, tangan kaki dan badan. Keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan untuk sentuh bersama deria kalistenik atau otot untuk menghasilkan pergerakan badan yang tepat.
b. Imbangan merupakan kebolehan seseorang kekalkan posisi badan dalam keadaan tetap atau melakukan sesuatu aktiviti. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar atau tapak menyokongnya diubah.
c. Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
d. Kuasa merupakan keupayaan untuk melakukan pergerakan dengan cepat dan melibatkan kekuatan dan kelajuan. Kebolehan individu melakukan sesuatu pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ini merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.
e. Masa tindakbalas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk bergerak apabila seseorang itu bertindakbalas. Masa tindakbalas selalunya di kaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.Kelajuan merupakan keupayaan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak.

KENAPA PERLU MEMANASKAN BADAN DAN MEMBUAT REGANGAN?
Sesetengah orang bersenam untuk lebih sihat, tetapi selepas sekali atau dua kali melakukan senaman terus patah semangat untuk bersenam kerana bukan kesihatan bertambah baik, tetapi mengadu bahagian tertentu tubuh seperti kaki terseliuh dan sakit.Masalah yang dialami itu menunjukkan tubuh manusia perlu melalui proses sama seperti enjin kenderaan, memanaskan badan sebelum bersenam.Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali gus mengelakkan kecederaan.

Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko kecederaan.Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.Sesetengah orang mengetahui keperluan memanaskan badan, tetapi mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa yang mempunyai keadaan fizikal yang baik tidak perlu berbuat demikian. Hakikatnya, setiap orang berisiko mendapat kecederaan apabila memaksa tubuh melakukan senaman.

Berhenti dengan tiba-tiba selepas bersungguh-sungguh melakukan senaman tanpa melegakan otot kembali seperti dalam keadaan rehat, juga boleh menyebabkan kesakitan seperti yang dialami orang yang tidak cergas, tetapi memaksa diri bersenam secara intensif.
Ketegangan otot yang dialami ketika bersenam kemungkinan besar berpunca akibat bersenam tanpa memanaskan badan sepenuhnya.

Kebaikan memanaskan badan
Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan.Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.Bagaimanapun, pastikan senaman dilakukan segera selepas aktiviti memanaskan badan. Jika melewati tempoh 10 minit, badan akan kembali sejuk dan usaha memanaskan badan akan menjadi sia-sia.Selain mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi aktiviti sukan, terutama pertandingan peringkat tinggi.

KENAPA PERLU MENYEJUKKAN BADAN DAN MEMBUAT KELONGGARAN?
Kebaikan menyejukkan badan

Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya.
Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot.
Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul’ yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam.
Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda.

berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)


Rekreasi ( recreation ) !!~

Salam ladies n guys ~

Definisi Dan Konsep Rekreasi
Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisnten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang. Namun, rekreasi sebenarnya adalah sub-set kepada leisure. Leisure adalah konsep utama yang memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang yang lain termasuk sukan.

Leisure
Leisure berasal daripada kata Latin, licere yang bermaksud ‘bebas’. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa Peranchis, loisir bermaksud ‘diizinkan’ Pendekatan klasik menjelaskan maknaleisure ialah bebas daripada kontek masa, bebas memilih aktiviti dan tiada unsur paksaan.

Tiga konsep utama bagaimana pengkaji-pengkaji menterjemahkan makna leisure ialah leisuresebagai ‘masa lapang’ ; ‘satu aktiviti’ ; atau ‘keadaan dalam fikiran’. Mengikut Torkildsen (1994) ,leisure itu tidak terikat dengan masa dan tidak semestinya bertentangan dengan kerja. Ia menegaskan jika sesuatu perkerjaan itu menyeronokkan (seperti bermain bola, bermain muzik, ataupun ‘mencuri’),maka ianya leisure. Dari satu perspektif, keadaan ini boleh membawa mudarat jika seseorang itu terlalu asyik, khayal, terlampau seronok atau terlalu lama melayan kehendak fikirannya.
Antara aktiviti leisure yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Murphy (1974) dan Neulinger (1974) sependapat mengatakan leisure itu sebagai kebebasan memilih dan bersifat motivasi diri. Dumazedier (1967) dan Kraus (1998) pula mengatakan bahawa leisure itu sebagai suatu aktivti, samada aktif mahupun pasif.Di Malaysia, konsep ini dirujuk sebagai ‘aktiviti masa lapang’. Kajian sejarah Malaysia turut menjelaskan masyarakat Negara ini memahami leisure sebagai aktiviti masa lapang. Sekarang, kita perhatikan penduduk Negara ini banyak menghabiskan masa lapang dengan melancong, balik kampong, shopping, bersiar-siar, menonton, ‘lepak’ di kedai mamak, memancing, main bola petang-petang, jogging dan beraktiviti di pusat kecergasan. Tidak terkecuali ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti negative (dari pandangan masyarakat) seperti lumba motor haram,bermain mesin kuda,menonton filem lucah dan berpeleseran /lepak terlalu lama di shooping malls

Apakah bezanya leisure berbanding rekreasi? Ternyata leisure merupakan konsep ‘payung ‘ yang merangkumi rekreasi, pelancongan, kebudayaan, dan sukan. Apakah asal usul kata rekreasi dan dimanakah kedudukan rekreasi dari perspektif aktiviti masa lapang?

Rekreasi
Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Menurut Kelly (1982):

Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.

Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.

Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.
tata~ ^^

berkongsi itu amalan mulia.. ^^~ meh kita sama2 belajar :)